Visitors

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

Saturday, July 17, 2010

DVD - Drama bersiri Nur Kasih

Nur Kasih merupakan kisah pengorbanan anak terhadap ayah, abang terhadap adik dan isteri terhadap suami. Kisah ini juga memaparkan bahawa insan apabila tiba di jalan buntu dan tiada penyelesaian dan akhirnya akan insaf dan kembali ke pangkal jalan yang diredhai Allah.

Ustaz Hassan terkenal sebagai ulama yang mendalami hukum-hukum Islam. Beliau mempunya 2 anak lelaki yang bagaikan langit dan bumi. Aidil mewarisi cinta Ustaz Hassan terhadap Islam sementara Adam dari belasan sudah memberontak, dia nekad mahukan kehidupan yang berbeza. Tidak lama kemudian apabila Adam sedang mengejar biasiswa senibina di Sydney, Australia, Ustaz Hassan mengalami barah otak dan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup.

Meniti hari-hari terakhirnya, Ustaz Hassan menghantar rombongan untuk meminang Nur Aminah sebagai isteri Adam. Dalam sekelip mata tiga hati berkecai. Aidil yang menaruh cinta terhadap Nur Aminah, Nur yang ingin meneruskan pelajarannya, dan Adam yang mahu mengahwini teman wanitanya di Australia, Katrina Carlson. Tetapi, tiada siapa yang berani bersuara menentang permintaan terakhir Ustaz Hassan.

No comments:

Post a Comment